Isnin, 17 Jun 2013

Cinta Tetap Ada Biarpun Bukan Dengannya... Prolog Part 2

Have Fun...


Selama tiga tahun Lisya berjuang mencari ilmu akhirnya dia berjaya menamatkan pelajarannya dengan cemerlang. Gembiranya hati Lisya tidak dapat dibayangkan. Setelah tamat belajar dia meneruskan kehidupannya dibandar dengan teman-teman yang pernah bersama-sama menjadi pejuang dalam mengejar dunia untuk mendapatkan secebis ilmu. Selama dua bulan dia menjadi penganggur dan untuk menampung perbelanjaan seharian Lisya bekerja sambilan sebagai promoter disebuah syarikat komunikasi yang berhampiran dengan rumah sewanya, walaupun dia terpaksa pulang lewat malam Lisya tidak pernah sekalipun mengeluh dan menyesal. Dia merasakan itulah lumrah yang harus dilaluinya, walaupun pahit dan perit dia tetap akan teruskan jua. Sampai bila harus dia bergantung hidup pada keluarganya di kampung. Biarlah dia berdikari sendiri tanpa mengharap bantuan sesiapa.


Dia tidak pernah peduli dengan apa yang terjadi, walau perit dia mesti teruskan kehidupannya. Namun sesekali, kenangan silam pasti menerjah ruang fikirannya dan saat itu air mata pasti berguguran. Dalam sendu tangis yang masih bersisa, jiwanya meronta dengan sarat kerinduan. Bait-bait lagu cinta di corong radio menambahkan lagi rindu yang semakin terasa. Terlalu banyak kenangan bersama Zafran yang mengundang ingatannya pada Zafran. Dalam lena yang panjang Elisya mencari kebahagiaan, bahagia yang diharap sampai ke akhirnya putus di tengah jalan. Janji-janji manis yang pernah dicipta untuknya musnah kerana penciptanya. Namun benarlah kata mereka, kita hanya merancang dan hanya Dia yang menentukan. Mungkin masih ada sinar untuknya pada hari esok. Hari ini mungkin dia yang kecewa dalam cinta dan mungkin dia akan berjaya dalam hidupnya. Biarpun dia gagal mempertahankan cintanya namun dia tak menyesal kerana cintanya gagal bukan sewaktu dia masih dalam perjuangan mencari secebis ilmu. Tangisan semalam akan sentiasa ada jauh disudut hatinya sebagai satu pengalaman hidup dan pengajaran dalam erti sebuah kehidupan dan sebuah percintaan kerana tidak pernah ada cinta yang bahagia tanpa air mata.

Nantikan sambungan..........

Isnin, 10 Jun 2013

Cinta Tetap Ada Biarpun Bukan Dengannya... Prolog 1




D
eru angin yang bertiup menyapa lembut wajahnya. Biarpun telah lama peristiwa itu berlalu, namun masih tidak dapat dilupakan. Bagi dia, itu adalah maruah dan harga dirinya. Biarpun ada suara yang mengatakan bukan dia seorang yang mengalami nasib seperti itu tapi dia tetap dengan pendiriannya. Memang mudah untuk diungkapkan dengan kata-kata, tetapi yang mengalaminya dan menanggungnya adalah dia. Tidurnya tidak pernah lena, setiap saat dibayangi peristiwa yang terlalu menyakitkan. Setelah sekian lama Lisya memendam rasa hingga hadirnya seorang insan yang sanggup menerima seadanya dia. Dengan hati yang penuh pilu dan terharu, Lisya menyambut cinta seorang lelaki yang telah sekian lama memendam perasaan padanya. 

Disangka selama ini hanya dia yang menaruh hati terhadap Zarfan, ternyata Lisya tidak bertepuk sebelah tangan. Selama lima tahun mereka memendam rasa akhirnya ungkapan cinta terluah melalui satu pesanan ringkas. Bermulanya dari seorang kawan biasa akhirnya salam cinta diberikan. Cinta yang dihulur disambut dengan penuh keikhlasan. Seperti mana Zafran menerima Lisya, seperti itu juga Lisya menerima Zafran. Biarpun Lisya tahu sejarah silam Zafran, tapi bagi Lisya itu bukan penghalang bagi dia untuk menyayangi dan menyintai Zafran. Saat bermulanya hubungan Lisya dan Zafran maka bermulalah detik baru dalam hidup Lisya. Sejarah hitam dalam kehidupan mereka menjadi satu pengajaran dalam meniti sebuah kehidupan dan bagi mereka hidup perlu diteruskan dengan apa jua keadaan sekalipun. Ternyata bukan mudah bagi mereka untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Percintaan mereka diduga dengan pelbagai rintangan. Halangan demi halangan namun tiada satu pun yang mengugat dan menghalang rasa kasih mereka. Pernah jua halangan itu meruntuhkan semangat Lisya untuk meneruskan hubungan itu, tetapi dengan kehadiran Zafran yang banyak memberi sokongan dan janji-janji indah mengundang kembali semangat Elisya yang semakin hilang. Kata Zafran, dia perlu tabah dalam meniti hari-hari yang mendatang, hidup ini banyak cubaan dan umpama perjudian, kita perlu bijak dalam pertaruhan untuk mendapatkan kejayaan.

Berlandaskan kata-kata semangat dari Zafran, Lisya kembali bangkit dari lenanya dengan azam yang baru. Biar apa orang nak bercerita tentangnya dan Zafran, bagi Lisya itu adalah hidupnya. Tiada siapa yang boleh mengatur hidupnya selain dirinya sendiri dan dia akan buktikan pada keluarganya yang dia akan berjaya dalam cinta dan kerjaya. Lisya berusaha dan sabar menghabiskan pengajiannya dan dalam masa yang sama hubungannya dengan Zafran sering bergelora.kerana janji dan azam, Lisya berusaha untuk menjadi yang terbaik dan dia tidak pernah mencampurkan urusan peribadinya dengan pelajaran. Dengan penuh kesabaran Lisya meneruskan impiannya untuk berjaya walaupun semakin hari pelbagai masalah menimpanya. Bagi Lisya itu adalah dugaan baginya.

 ~ Sampai sini je idea tuk ari ni ~

Semakin Hari Semakin Sayang

Assalamualaikum...w.b.t.

 HAi..pertama kali melayari laman blogg..rase teringin untuk menekan punat-punat key board tanpa ada modal yang berligat di fikiran..bab lagu terkini dari Najwa Latif  KOsong Kosong  Kooosssooooooooongg............
Sambil memerah otak memulas fikiran.. hasilnya tetap sama..


Khaiz_Ama