Isnin, 17 Jun 2013

Cinta Tetap Ada Biarpun Bukan Dengannya... Prolog Part 2

Have Fun...


Selama tiga tahun Lisya berjuang mencari ilmu akhirnya dia berjaya menamatkan pelajarannya dengan cemerlang. Gembiranya hati Lisya tidak dapat dibayangkan. Setelah tamat belajar dia meneruskan kehidupannya dibandar dengan teman-teman yang pernah bersama-sama menjadi pejuang dalam mengejar dunia untuk mendapatkan secebis ilmu. Selama dua bulan dia menjadi penganggur dan untuk menampung perbelanjaan seharian Lisya bekerja sambilan sebagai promoter disebuah syarikat komunikasi yang berhampiran dengan rumah sewanya, walaupun dia terpaksa pulang lewat malam Lisya tidak pernah sekalipun mengeluh dan menyesal. Dia merasakan itulah lumrah yang harus dilaluinya, walaupun pahit dan perit dia tetap akan teruskan jua. Sampai bila harus dia bergantung hidup pada keluarganya di kampung. Biarlah dia berdikari sendiri tanpa mengharap bantuan sesiapa.


Dia tidak pernah peduli dengan apa yang terjadi, walau perit dia mesti teruskan kehidupannya. Namun sesekali, kenangan silam pasti menerjah ruang fikirannya dan saat itu air mata pasti berguguran. Dalam sendu tangis yang masih bersisa, jiwanya meronta dengan sarat kerinduan. Bait-bait lagu cinta di corong radio menambahkan lagi rindu yang semakin terasa. Terlalu banyak kenangan bersama Zafran yang mengundang ingatannya pada Zafran. Dalam lena yang panjang Elisya mencari kebahagiaan, bahagia yang diharap sampai ke akhirnya putus di tengah jalan. Janji-janji manis yang pernah dicipta untuknya musnah kerana penciptanya. Namun benarlah kata mereka, kita hanya merancang dan hanya Dia yang menentukan. Mungkin masih ada sinar untuknya pada hari esok. Hari ini mungkin dia yang kecewa dalam cinta dan mungkin dia akan berjaya dalam hidupnya. Biarpun dia gagal mempertahankan cintanya namun dia tak menyesal kerana cintanya gagal bukan sewaktu dia masih dalam perjuangan mencari secebis ilmu. Tangisan semalam akan sentiasa ada jauh disudut hatinya sebagai satu pengalaman hidup dan pengajaran dalam erti sebuah kehidupan dan sebuah percintaan kerana tidak pernah ada cinta yang bahagia tanpa air mata.

Nantikan sambungan..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Khaiz_Ama