D
|
Disangka selama ini hanya dia yang menaruh hati terhadap Zarfan, ternyata Lisya tidak bertepuk sebelah tangan. Selama lima tahun mereka memendam rasa akhirnya ungkapan cinta terluah melalui satu pesanan ringkas. Bermulanya dari seorang kawan biasa akhirnya salam cinta diberikan. Cinta yang dihulur disambut dengan penuh keikhlasan. Seperti mana Zafran menerima Lisya, seperti itu juga Lisya menerima Zafran. Biarpun Lisya tahu sejarah silam Zafran, tapi bagi Lisya itu bukan penghalang bagi dia untuk menyayangi dan menyintai Zafran. Saat bermulanya hubungan Lisya dan Zafran maka bermulalah detik baru dalam hidup Lisya. Sejarah hitam dalam kehidupan mereka menjadi satu pengajaran dalam meniti sebuah kehidupan dan bagi mereka hidup perlu diteruskan dengan apa jua keadaan sekalipun. Ternyata bukan mudah bagi mereka untuk meneruskan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan dugaan. Percintaan mereka diduga dengan pelbagai rintangan. Halangan demi halangan namun tiada satu pun yang mengugat dan menghalang rasa kasih mereka. Pernah jua halangan itu meruntuhkan semangat Lisya untuk meneruskan hubungan itu, tetapi dengan kehadiran Zafran yang banyak memberi sokongan dan janji-janji indah mengundang kembali semangat Elisya yang semakin hilang. Kata Zafran, dia perlu tabah dalam meniti hari-hari yang mendatang, hidup ini banyak cubaan dan umpama perjudian, kita perlu bijak dalam pertaruhan untuk mendapatkan kejayaan.
Berlandaskan kata-kata semangat dari Zafran, Lisya kembali bangkit dari lenanya dengan azam yang baru. Biar apa orang nak bercerita tentangnya dan Zafran, bagi Lisya itu adalah hidupnya. Tiada siapa yang boleh mengatur hidupnya selain dirinya sendiri dan dia akan buktikan pada keluarganya yang dia akan berjaya dalam cinta dan kerjaya. Lisya berusaha dan sabar menghabiskan pengajiannya dan dalam masa yang sama hubungannya dengan Zafran sering bergelora.kerana janji dan azam, Lisya berusaha untuk menjadi yang terbaik dan dia tidak pernah mencampurkan urusan peribadinya dengan pelajaran. Dengan penuh kesabaran Lisya meneruskan impiannya untuk berjaya walaupun semakin hari pelbagai masalah menimpanya. Bagi Lisya itu adalah dugaan baginya.
~ Sampai sini je idea tuk ari ni ~

Tiada ulasan:
Catat Ulasan