M
|
alam terus berlalu, Lisya masih
setia dibangku memandang jauh ke tengah lautan. Mencari segenap sinar dan
harapan untuk dia bekalkan pada hari esok. Lisya tersenyum melihat telatah anak
kecil yang menangis di usik abangnya. Elisya rindukan saatnya bersama
abang-abangnya yang suka mengusiknya dan saat itu dia tidak akan menangis
sebaliknya dia akan berusaha untuk melawan setiap usikkan abang-abangnya. Lisya
tahu semua itu tidak akan berulang lagi. Jam terus pergi bersama saatnya, Lisya
masih terpaku di situ tanpa menyedari ada mata yang memandangnya dari tadi.
“Hai Lis, kau tak
mau balik lagi ke, dah pukul berapa ni. Mari lah kita balik, dah boring aku
tengok kau kat sini.”
Lisya terkejut dengan sapaan temannya. Entah bila teman dia datang pun dia tak perasaan.
“Woi, kau ni kan, kalau ya pun bagi la salam dulu, terkejut aku tau tak.”
Kata-kata Lisya hanya disambut dengan senyuman Fetty. Tampak jelas giginya yang tersusun rapi itu.
“Sorry la, tapi aku dah bosan la duk kat sini, kau tengok la yang datang kat sini semuanya berdua, semuanya berkepit je. Mau tak jealous aku.”
Lisya terkejut dengan sapaan temannya. Entah bila teman dia datang pun dia tak perasaan.
“Woi, kau ni kan, kalau ya pun bagi la salam dulu, terkejut aku tau tak.”
Kata-kata Lisya hanya disambut dengan senyuman Fetty. Tampak jelas giginya yang tersusun rapi itu.
“Sorry la, tapi aku dah bosan la duk kat sini, kau tengok la yang datang kat sini semuanya berdua, semuanya berkepit je. Mau tak jealous aku.”
Lisya memandang sekelilingnya,
memang betul apa yang dicakapkan Fetty, semua yang datang ke taman itu semuanya
berpasangan, maklum la malam itu malam minggu. Tanpa disengajakan mata Elisya
bertemu pandang dengan seseorang yang asing baginya dan dia hanya tersenyum.
Elisya juga turut tersenyum kosong tanpa ada sebarang perasaan yang singgah di
hatinya kerana baginya senyuman satu sedekah, apa salahnya kalu dia hanya
sekadar mensedekahkan senyumannya biarpun tak semanis senyuman Angelina Jolie.
“Kau ni apa lagi yang senyum
sorang-sorang ni Lis.”
“Tak de pape la Ty. Awal lagi la nak balik
lagipun aku bosan duk kat umah tu, bukan ada ape-ape pun. Erhm….ape kata kalau
kita pergi makan dulu nak. Lama dah kan
kita tak pergi makan kat food court tu. Aku rasa macam nak makan kuey teow
ratna la.”
“Ok lah, tapi….!”
“Tapi apanya lagi Cik Fetty oi..”
“Tak de la, tak kan kita berdua je.” Lagu dendangan Paris
Hilton mengejutkan mereka berdua. Segera Fetty menjawab panggilannya.
“Hello! Hah aku nak gi makan ni
ngan Lisya, kau nak ikut ke. Jom la, kami pun berdua je ni, kita orang kat
taman ni nak gi makan kat food court, ok.. aku tunggu sini, cepat sikit.”
Elisya hanya mendengar perbualan Fetty dan yang pasti dia tahu dari siapa
panggilan tu.
“Nyna nak ikut juga ke? Kan dia keluar tadi, awalnya dia balik.”
“Entah la Lis, ala…. Ada la tu yang tak kena, macam la tak kenal
dengan Nyna tu.”
Dari seberang jalan mereka dapat
melihat Nyna sedang melintas. Dari gaya
perjalanan mereka sudah dapat mengenalinya. Elisya masih tidak perasaan
sepasang mata yang memandangnya dari tadi. Tanpa mempedulikan mereka
disekeliling, Elisya, Fetty dan Nyna terus melangkah ke medan selera sambil berborak kosong dan
sesekali mereka tergelak kecil.
